Sekarang ini sudah ramai yang menggunakan produk Apple. Saya sendiri menggunakan produk Apple, tetapi iPhone sahaja buat masa ini. Jadi kali ini saya ingin berkongsi bagaimana Cara Mendaftar iTunes Apps Store Apple ID Tanpa Kad Kredit.
Ikuti langkah mudah ini untuk mendapatkan Apple ID anda secara percuma (tanpa kad kredit). Ianya sesuai hanya untuk mendownload free apps (aplikasi percuma) dari iTunes Apps Store. Jika anda mahu membeli (apps berbayar), gunakanlah Paypal atau kad kredit.
Langkah 1 :
Buka iTunes anda dan pilih iTunes Store.
Langkah 2 :
Di sebelah kanan iTune anda ada tersenarai Free Apps, pilih salah satu dan klik untuk dapatkannya.
Langkah 3 :
Satu pop-up akan keluar, pilih Create New Account.
Langkah 4 :
Gambar seperti ini akan keluar, klik Continue
Langkah 5 :
iTunes akan membuka page Terms and Conditions, anda tick sahaja Agree dan klik Continue.
Langkah 6 :
Anda isi sahaja maklumat yang diminta. Kemudian klik Continue.
Langkah 7 :
Selepas itu, anda diminta untuk menentukan kaedah pembayaran (Payment Method). Disini anda tick None.
Kemudian isi maklumat yang diminta dan akhir sekali klik continue.
Langkah 8 :
Selesai, kini anda hanya perlu mengesahkan (Verify Account) yang anda daftarkan sebentar tadi. Selepas anda membuat pengesahan, anda sudah boleh mula mendownload Apps percuma di iTunes Apps Store.
Link pengesahan dihantar ke email yang anda daftarkan, sila semak email anda. Anda hanya boleh menggunakan Apple ID selepas anda mengesahkannya.
Untuk mendownload Apps daripada iTune Store tidak susah, saya rasa tidak perlulah saya tunjukkan pada artikel ini. Anda boleh mencubanya sendiri dan pengalaman anda itu akan mengajar anda.
sumbere: http://www.rtikel.com/cara-mendaftar-itunes-apps-store-apple-id-tanpa-kad-kredit/
0 comments:
Post a Comment